Wednesday, October 22, 2008

Ratapan jiwa seorang pemimpin...

Daripada surah Maryam ayat 4 hingga 6 :-

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا(4) وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا(5)يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ ءَالِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا(6

Terjemahannya: “Ia berkata; ya tuhanku sesungguhnya tulangku telah lemah, dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa di dalam berdoa kepaa engkau, ya tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap keturunan di belakangku nanti sedangkan isteriku mandul. Oleh kerana itu, kurniakan langsung daripadaMu seorang keturunan yang akan mewarisi aku dan keluarga Yaakob dan jadikanlah ia, ya tuhanku seorang yang engkau redhoi”.

Demikian bunyinya ratapan jiwa nabi Allah Zakaria, seorang nabi seorang pemimpin tatkala ia melihat kekuatannya kian sudah berkurangan. Beliau khuatir mengingatkan nasib umatnya apabila beliau sudah tidak ada lagi. Maka doa yang diratapkan oleh jiwa yang soleh daripada nabi Allah Zakaria itu sebenarnya patut jadi ratapan jiwa kita juga yang memegang amanah pimpinan ummah dalam apa lapangan sekalipun hatta untuk kepentingan maslahah dakwah dan ummah.

Tuesday, October 21, 2008

DUA JALAN....

Firman Allah SWT: maksudnya;

“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalankajahatan).”
(al-Balad: ayat 10)

“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja(tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telahmenggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusiapanji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman AllahSWT: maksudnya;

“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahajadan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah,Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)

Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik kepada cahaya hidayah-Nya.

Ya Allah.... Engkaulah maksud kami dan keredhoan-Mu lah yang kami pinta... amiiin..

Monday, October 20, 2008

bisnes...


bisnes! bisnes! bisnes!.. kalau bisnes kita hanya fikir tentang duit dan kekayaan..

adakah semua yang kita impi dan bayangkan akan menjadi kenyataan,,

jika ada usaha dan kesungguhan semuanya tidak mustahil...

Alif Ba Ta....

DIMANAKAH IA BERMULA, BAGAIMANAKAH IA AKAN BERAKHIR,
MASA YANG BERLALU AKAN MEMBAWA DAN MENGAKJAR KITA, SESUATU YANG TAK PERNAH KITA JANGKAKAN.....
PERSOALAN APAKAH YANG KITA SERING FIKIRKAN?
...... SUDAHKAH KITA PANTAS BERLARI, ATAU SUDAH DITINGGALKAN...,
PERLUKAH KITA BERHENTI BERJALAN DAN MERANGKAK, UNTUK MEMUNGUT APAKAH YANG TELAH TERCICIR........
FIKIR FALSAFAH

Sunday, October 19, 2008

satu detinasi

apakah yang kita selalu fikirkan