Tuesday, October 21, 2008

DUA JALAN....

Firman Allah SWT: maksudnya;

“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalankajahatan).”
(al-Balad: ayat 10)

“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja(tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telahmenggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusiapanji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman AllahSWT: maksudnya;

“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahajadan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah,Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)

Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik kepada cahaya hidayah-Nya.

Ya Allah.... Engkaulah maksud kami dan keredhoan-Mu lah yang kami pinta... amiiin..

No comments: